top of page

​Pesawat terhempas di Muadzam Shah
Noraniza Kamsani, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 25, 2018 22:16 MYT

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesawat-terhempas-di-muadzam-shah-169025

ROMPIN - Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalankan operasi meracun ulat bungkus di Felda Keratong 2 dekat sini ditemui terhempas berhampiran Ladang Kampung Melati, Muadzam Shah di sini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd Noor berkata bagaimanapun, juruterbang pesawat berkenaan, Barry Allen Foster, 66 tahun, daripada Australia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Ketika kejadian pesawat milik syarikat Woorayi Air Services itu sedang menjalankan kerja-kerja meracun di ladang Felda Keratong 2.

MYCOgold, Satu Produk Banyak Manfaat
REDAKSI     Aug 30, 2014

artikel : https://sawitindonesia.com/rubrikasi-majalah/sajian-utama/mycogold-satu-produk-banyak-manfaat/


MYCOgold merupakan produk pupuk yang berguna menyuburkan tanah serta memberikan  nutrisi kepada tanaman kelapa sawit. Manfaat lainnya, pupuk ini dapat mengurangi penggunaan pupuk kimia bahkan pohon sawit dapat  tahan serangan ganoderma sp.
MYCOgold mengandung campuran dari beberapa jenis jamur tanah, antara lain jamur Arbuscular Mycorrhiza Fungi (AMF) yang telah terisolasi secara lokal dari berbagai lokasi  dan seri tanah. Arbuscular Mycorrhiza Fungi adalah bawaan asli jamur tanah yang diketahui untuk membentuk hubungan simbiotik dengan 95% jenis tanaman.

Pupuk ini mulai dipasarkan di Indonesia semenjak 2010 yang ternyata mendapatkan sambutan positif. Tercatat, beberapa perusahaan kelapa sawit telah menjadi pengguna antara lain Sampoerna Agro, Asam Jawa, Astra Agro Lestari, Group Ganda Sawit, Trurich Indonesia, Gunung Maras Lestari, Best Agro,  dan lainnya.

 

Kapal terbang sembur racun

KAMARUL HALIM M KAMAL3 NOVEMBER 2013

 

Pegawai Penyelidik MPOB (Unit Gunaan Entomologi & Mikrobial), Mohd Hafiz Mohd Hazir berkata, kali ini semburan racun dari udara dengan menggunakan kapal terbang ringan dilaksanakan.

Katanya, racun bernama ‘Ecobac-1’ ini mampu mengawal pembiakan ulat bungkus itu daripada terus membiak dan seterusnya kerosakan daun kelapa sawit dapat dikawal.

“Dalam semburan yang dilakukan, kandungan cecair berkenaan (Ecobac-1) adalah 40 liter dan dicampurkan dengan air sehingga 1,000 liter untuk sekali semburan dari udara.

“Setiap semburan yang dilakukan (satu trip) merangkumi kawasan seluas 33 hektar, dalam masa sehari, kita jangka boleh melakukan enam trip, manakala untuk menghabiskan semburan di sini dijangka memakan masa dua minggu.

 

Artikel Penuh:http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/kapal-terbang-sembur-racun-1.217124

 

 

UTUSAN ONLINE ARKIB : 28/03/2011

Baja jerami padi

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

 

D'Comp Bio-Plus merupakan produk utama di dalam program Subur Tanpa Bakar yang mampu memberikan penyelesaian kepada masalah menguruskan jerami padi di tapak sawah terutama semasa musim hujan apabila pembakaran tidak dapat dijalankan.

Petani hanya perlu melabur sebanyak RM255 sehektar bagi tiga paket D'Comp Bio-Plus berbanding dengan faedah yang diperoleh.

"Penggunaan D'Comp Bio-Plus bukan saja dapat mengurangkan pembakaran malah jerami dapat dilupuskan walaupun pada musim hujan," katanya.

 

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0328&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm#ixzz3pSZoNchE 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

UTUSAN ONLINE ARKIB : 10/10/2008

Baja Myagri guna medium pasir

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

 

Baja yang dikenali sebagai MycoGold adalah antara bahan penyubur berkualiti yang semakin mendapat perhatian.

Dengan menggunakan pasir lombong sebagai medium pembajaan, produk premium tersebut mengandungi campuran beberapa spesies kulat tanah berfaedah yang dikenali sebagai Arbuskular mikoriza.

Selain itu, baja tersebut turut dicampurkan dengan akar dan spora kulat Mikoriza yang bernas untuk memastikan kandungannya efektif dan sesuai untuk semua jenis tanaman.

 

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=AgroBiz&pg=ag_01.htm#ixzz3pSa8xjlW 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

ARKIB : 20/01/2014

Nuklear dalam tanaman

oleh LAUPA JUNUS

 

Dr. Khairuddin berkata, pada tahun 2011 kumpulan projek biobaja yang beliau ketuai telah mengkomersilkan satu kultur mikrorganisma pelbagai fungsi hasilan R&D kami kepada syarikat bioproduk tempatan, Malaysian Agri Hi-Tech Sdn. Bhd. (MYAGRI), yang menggunakan kultur tersebut dalam beberapa formulasi produk biobaja syarikat yang mana Nuklear Malaysia sudah menerima royalti dari pengeluaran produk tersebut selama dua tahun

 

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140120/st_05/Nuklear-dalam-tanaman#ixzz3pSb60D78 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

ARKIB : 14/03/2011

TDM Bhd. buka kilang baja bio-organik

 

TDM Bhd., sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkembangannya sejak empat dekad lalu dengan pembinaan kilang baja bio-organik di ladangnya di Sungai Tong.

Kilang bernilai RM3.4 juta yang mula beroperasi tahun lalu merupakan sebahagian daripada langkah inovasi bagi mengurangkan kos, meningkatkan pengeluaran hasil tanaman di samping menyelesaikan masalah pencemaran dan pembuangan sisa.

Melalui pengeluaran baja itu dengan kapasiti 24,000 tan metrik setahun, syarikat berkenaan mampu menjimatkan kos pembajaan sehingga RM10 juta setahun daripada keseluruhan kos RM60 juta bagi tujuan itu.

Berdasarkan prestasinya, ia terus mendorong TDM melalui anak syarikatnya TDM Plantation Sdn. Bhd. untuk merancang membina kilang kedua bagi menampung keperluan ladang di sekitar Kemaman pada tahun ini yang dianggarkan menelan kos RM4 juta.

Perasmian kilang perintis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini. Kilang itu merupakan projek usahasama TDM Plantation dengan Myagri Nutribio Sdn. Bhd. yang menyediakan teknologi dan kepakaran.

 

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm#ixzz3pSbeSjUy 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kapal terbang yang digunakan pihak MPOB untuk melakukan semburan racun dari udara.

bottom of page